Raya oh Raya

Demam raya dah datang..pejam celik pejam celik lusa dah nak raya...sekejapnya...
macam ustaz cakap kat sekolah hari tu,berakhirnya bulan posa ni,,ramai orang seronok..jangan lupa SYAITAN IBLIS pun seronok jugak..
yelah baru lepas kena ikat..bekas banduan la senang kata...tapi ada bekas banduan yang dah berubah jadi baik lepas kena penjara..tapi syaitan ni bekas banduan yang lain sikit...tak penah SERIK JEMU nak goda manusia..

balik kepada apa yang nak dicakapkan ni...semalam aku keluar nak beli baju raya..last minit hahahah yelah budak asrama..memang macam ni pun..tapi my BELOVED mom dah tempah dah..jap actually I'm not searching for baju raya...but searching for my dress for my MSK (MALAM SELINGKAR KASIH) yang diadakan kat sekolah aku SPECIALLY for FORM 5...
nak habis sekolah dah aku ni rupanya..
sekejap je masa berlalu...
sekejap je,dah tua aku ni rupanya..
makin dekat aku dengan mati...

YA ALLAH!!!TAKUTNYA!

tapi bila pergi semalam memang 'bersemut'orang! rimas pun ada gak..
ada yang beli kasut,beli baju,beli tudung,shawl...songkok..beli alat elektrik pun ada gak..hahah
lepas penat 'shopping' aku tengok kat tepi jalan dah ada banner yang ajak pergi rumah terbuka...SAKAN!


tapi kan kenapa rumah terbuka untuk BERBUKA PUASA tak sesakan rumah terbuka raya?tak ke lagi banyak pahala dapat bagi juadah untuk orang berbuka...Masya'ALLAH  banyak betul Tuhan bagi peluang untuk kita ni buat pahala kan?
Apa-apa pun rumah terbuka raya masih banyak pahalanya seiringlah dengan niat tuan punya rumah itu..harap tak adalah yang berniat untuk menunjuk,riak..moga dijauhi...


PEREMPUAN NAKAL lebih disukai IBLIS

serius cakap la memang bosan sebenarnya nak layan orang yang mabuk kepayang ni...dok muda lagi,dah pandai nak menggatal..haih study dulu la..apa la yang kita dapat kalau asyik menaruh hati je,lagi teruk kalau yang dah bercouple tu,sampai sanggup dengan BF tu solat dilambatkan..yelah call sampai 2 3 pagi,,bangun lambat..lepas tu subuh gajah...adoi..dari situ dah boleh tengok mana yang dia utamakan BF yang entah baik entah menipu je lebih atau ALLAH SWT...

memang lumrah setiap manusia ada buat salah,aku pun dulu ada tersilap pilih jalan...lebih utamakan orang tu lebih dari yang sepatutnya..
MASYA ALLAH...

Dirawikan bahawa PEREMPUAN NAKAL lebih disukai IBLIS daripada SERIBU LELAKI JALANG...
 jadi sekarang kita boleh simpulkan perempuan nakal tu macam mana kan?
layan lelaki,kalau depan lelaki KALAH macam cakap depan cikgu..baik jer..
sedarlah diri tu...syaitan depan belakang dok cucuk je

dengan lelaki SANGGUP buat apa sahaja,
JANJI dengan kawan sendiri buat lupa je,
DUIT sanggup habiskan...
kenal baru berapa hari dah cakap suka...
Kalau iyepun suka...cuba tengok lelaki tu,ada bagi kita kebaikan ke? dari segi agama?
memang tak boleh pakai la alasan bagi..macam-macam...

MEMANG diakui depan lelaki,kita ni jadi lemah semacam...tiba-tiba berubah,cuba untuk tunjuk yang terbaik,yang dulu kata tak tapi bila depan lelaki kata ya... dari situ lah kita boleh tengok tahap mana iman kita
Berubah lah...
Fikir-fikirkan lah...

Astagfirullahalazim...

suatu hari...
Hamba Allah 1: wei yang ni tamar ke kurma?
Hamba Allah 2: yang ni kalau tak silap aku tamar.
Hamba Allah 1: habis tu Nabi selalu makan yang mana?
Hamba Allah 2: eh,relax la beb,tak payah la terikut sangat,jangan la mendalam sangat dengan Islam ni ,nanti termasuk ajaran sesat...

????
Astagfirullahalazim...ya Allah ampunkan lah dosa hamba Allah itu..sanggup dia cakap macam tu?mungkin dalam hati ada satu titik hitam besar yang mendengkikan orang yang alim alim ni...tapi tak payah la sampai cakap macam tu...
Diri sendiri tu masih teruk lagi,tapi cakap macam tu..
Kenapa cakap macam itu? cuba lah cermin diri sendiri itu..dalam entry before ni pun dah cakap sesungguhnya Allah membenci orang yang membenci dengan mereka yang mendekatkan dirinya kepada Allah...
ubah lah diri tu...
mungkin seseorang yang berdekatan dengan kita ni berubah boleh dijadikan pencetus untuk anda berubah.kenapa tak nak ikut? cuci lah hati...
7:146
Ertinya: "Nanti Aku palingkan daripada ayat-ayat-Ku orang-orang yang sombong di muka bumi tanpa kebenaran......"

Nabi Rasulullah SAW pun ada cakap :

"Tidak masuk Syurga orang dalam hatinya ada kesombongan sebesar biji sawi. Dan tidak masuk Neraka orang dalam hatinya ada iman sekecil biji sawi."


JANGAN SOMBONG!
Bertaubatlah wahai kawan...

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang taubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci"
(Q.S. Al Baqarah :222)

" Jangan melihat siapa yang menyampaikan,tetapi lihat apa manfaat yang dapat dikutip"

Rasulullah pernah bersabda :
"Seorang hamba berdosa,namun apabila dia bersamanya masuk Syurga." Ditanyakan, "Bagaimana demikian ya Rasulullah?" Dijawabnya,
"Kerana matanya lebih bertaubat juga menjauhi larangan-Nya hingga masuk Syurga."

Tapi jangan lah pulak kita ni dah tahu benda ni,tak ada rasa bersalah dalam hati bila buat dosa
Alasannya : "Tak pe nanti aku bertaubat.Allah kan penerima taubat.Maha Pengampun"
sungguh kita tak tahu bila ajal akan sampai
Oh, mark the words that I do say
Who knows tomorrow could be your day
At last it comes to heaven or hell
Decide which now do not delay
lirik lagu Last Breath

Ubaidillah bin Ubaid bin Umair mengatakan tentang jenazah , "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Sesungguhnya mayat itu didudukkan dan mendengar langkah pengiringnya. Tidak ada yang berkata padanya kecuali kuburnya yang mengatakan ,"CELAKA engkau hai manusia,bukanlah aku telah menakutkanmu dengan kesempitanku,kebusukanku,kedasyatanku dan cacing-cacingku?" Lalu apa yang engkau siapkan untukku?"

Takutlah ajal wahai hamba Allah sekalian,mungkin sebentar sahaja lagi maut menjemput...

sendirian...

Waktu terus berlalu,
sedangkan dosa kian bertambah,
Malaikat Maut datang bertamu,
Namun hati tetap lalai,
Nikmatnya di dunia,
Hanyalah kepalsuan dan kerugian,
Hidupmu di dunia,
Adalah muhal dan batil,
Kufikirkan hari perhimpunan dan kiamat
Juga tertanamnya pipiku di bawah pusara
SENDIRIAN, TANPA TEMAN, setelah mulia dan jaya
Tubuhku tergadai dengan tanah liat
Kurenungkan panjangnya dan lebarnya HISAB
Juga hinanya makamku waktu diberi kitab
Namun harapanku kepada Engkau
Wahai TUHANKU
Wahai Penciptaku
Engkau ampuni kesalahanku

Taat pada yang menciptakan

sedih apabila melihatkan sekeliling,mengaku Islam,tapi apa yang dia buat yang boleh membuktikan bahawa dia itu ISLAM?...
memang sedikit untuk kita lihat sekarang betapa sedikitnya orang yang taat kepada ALLAH sekarang..
Sungguh menghairankan...sebahagian daripada kita mempunyai anak buah,orang gaji,pekerja atau sesiapa sahaja yang memang ditugaskan untuk membantu kita. Sudah tentu kita suka bila mereka berbakti kepada kita...jika mereka tidak mahu berbakti atau pun berbuat salah lantas mereka dibuang,diberhentikan kerja atau pun dimarahi.




Tetapi mengapa kita tidak mahu berbakti kepada Allah yang menciptakan kita dan memberikan segala untuk kita jika tidak tentulah kita akan binasa.


sesungguhnya Allah telah pun berfirman:

 "Ku-memiliki hamba-hamba yang menyukai-Ku dan Aku menyukai mereka. Mereka merindukan-Ku dan Aku meyukai mereka. Mereka merindukan-Ku dan Aku merindukannya. Mereka mengingat dan memandang-Ku, maka Aku mengingat dan memandang padanya. Jika kau tempuh jalan mereka,Aku suka padamu. Tapi jika kamu menjauhi daripada mereka, Aku membencimu.
Mereka berjaga malam dengan siang seperti pengembala menjaga kambingnya. Merindukan terbenam matahi seperti burung merindukan sarangnya . Manakala malam telah tiba,keluarga telah tidur dan para kekasih menemui kekasihnya, maka mereka dengan nikmat dan indahnya bermunajat kepada-Ku.Kadang menjerit,kadang menangis dan kadang meratap,Kadang berdiri,kadang duduk.Semua itu mereka lakukan untuk keagungan dan kecintaan-Ku. Maka Ku berikan mereka 3 hal. Ku berikan nur-Ku dalam hati mereka hingga mereka mengetahui-Ku seperti Aku mengetahuinya. Jika langit,bumi dan isinya dalam timbangan mereka maka ringanlah bagi mereka. Dan ketiga, Kuhidupkan wajah-Ku pada mereka"
         

ku insafi kekurangan ini

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini...

Ya Allah terimalah taubat ku ini....

Disaat zikir taubat dialunkan...
Hamba Allah 1 : awak menangis ke?
Hamba Allah 2 : Bagusnya..

sesetengah manusia masih keras hatinya untuk menyedari kesilapan diri...mata yang ALLAH anugerah kan tidak pernah mengalirkan air mata ketika mana dia bertaubat...
masih terus melakukan dosa secara istiqamah..


Hamba Allah 4: tau tak aku ni selalu solat lambat.terukkan aku ni..aku teringin nak jadi macam kawan kita tu..pakai tudung labuh,sentiasa cakap perkara yang baik-baik
Hamba Allah 5:tau tak pe..bila nak berubah ni weyh!!

perlukah tunggu masa HIDAYAH sampai??
sampai sanggup cakap "aku nak tunggu hidayah lah"...
ingat apa yang Tuhan kita Allah dah cakap
Dia tidak akan ubah nasib sesuatu kaum selagi kaum tersebut mengubah dirinya sendiri...

Fikir-fikirkan