Jatuh cinta


Wahai Maha Penyayang,
Jika aku jatuh cinta...benihkanlah cintaku kepada seseorang
yang melabuhkan cintanya kepada-Mu agar bertambah
kekuatanku untuk mencintai-Mu

Wahai Maha Penyayang
Jika aku jatuh cinta...jagalah cintaku kepadanya agar tidak
melebihi cintaku kepada-Mu

Wahai Maha Penyayang
Jika aku jatuh hati...izinkanlah aku menyentuh hati seseorang 
yang hatinya tertaut kepada-Mu agar aku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu

Wahai Maha Penyayang 
Jika aku jatuh hati...jagalah hatiku kepadanya agar tidak berpaling
selain kepada-Mu

Wahai Maha Penyayang
Jika aku rindu..jagalah rinduku kepadanya
agar tidak lalai aku merindukan syurgaMu

Wahai Maha Penyayang 
Jika aku menikmati cinta kekasih-Mu ...janganlah kenikmatan itu meleihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMu

Wahai Maha Penyayang
Jika aku jatuh hati kepada kekasih-Mu..janganlah biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu

Wahai Maha Penyayang
Halalkan aku merindui kekasihMu..jangan biarkan aku melampaui batas sehingga aku melupakan aku 
kepada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu

dan

Wahai Maha Penyayang
sekiranya dia bukanlah jodohku..maka janganlah engkau biarkan
aku jatuh hati kepadanya
agar terpelihara diriku daripada hasutan syaitan dan nafsu sendiri...

amin.....

Penerang hati

Tanda cintakan ALLAH SWT ialah dengan mengingati ALLAH (zikrullah) dan tanda ALLAH SWT murka kepada hambanya ialah dia tidak suka mengingati ALLAH
Riwayat Baihaqi

Peliharalah diriku wahai Allah

Aduhai puteriku sayang,
Lembutmu tak beerti kau mudah dijual beli,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti,
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan,
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati,


Disebalik bersih wajahmu,
Disebalik tabir dirimu,
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri


Itulah sekeping hati yang takut pada ILLAHI,
Berpegang pada janji mengabdikan diri,


Malumu MAHKOTA yang tidak perlukan singgahsana,
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya,
Melainkan kau yang pergi menyerah diri....

itu merupakan bait-bait lirik nashid HIJJAZ bertajuk Puteriku Sayang,syahdu sangat dengar,
Dunia membangun,teknologi semakin canggih,pemikiran manusia semakin berkembang,tetapi masih ada segelintir wanita/gadis Islam yang masih buta,tuli,dan keras hatinya untuk menerima nasihat orang.Masih keluar MEMALUKAN DIRI,masih berani bergaul dengan lelaki dengan lenggok bahasa yang menggoda,
Ya mungkin bagi diri kita sebagai seorang wanita tidak dapat merasakan betapa tergodanya lelaki dengan suara kita...Kawallah diri anda wahai Muslimah.

Dan YA ALLAH,peliharalah diriku juga buat rakan-rakanku Muslimah yang lain...moga kau tetapkan iman dalam sanubari hati ini ya RAHIM!

dilorong-lorong kedai,ditepi-tepi jalan masih ada yang melanggar batasan antara lelaki dan perempuan,masih tidak kisah dan masih tidak MALU...inilah dunia akhir zaman...

YA ALLAH PELIHARALAH DIRI INI...AMIINNNNNN