Kenapa perlu menangis?
Menangis kepada yang tak layak,
Kenapa mulakan?
Jika tahu amaran Dia.
Kenapa perlu menangis?
Sedangkan air mata taubat jarang ditangiskan?
padahal itu lebih baik,
Tetapi kau menangis kepada yang tak layak,
menangis sebab perginya dia,
atau menangis kerana menyesal?
Menyesal kerana mulakan pertalian itu...
Tanyakan pada dia,adakah dia mendekatkan kau denganNya?
Atau makin jauhkah engkau denganNya?
Mungkin engkau lebih arif jawapan manakah lebih baik,
jadi kenapa mulakan?
Kadang ada yang kata mereka saling mengingatkan ke arah kebaikan?
Tapi tahukah engkau,
sekiranya dia benar-benar baik dan ikhlas,
dia sendiri tidak akan mulakan pertalian itu,
malah terus meminta izin kepada orang tuamu,
untuk menghalalkan pertalian itu...
اَلْخـَبِيـْثــاَتُ لِلْخَبِيْثـِيْنَ وَ اْلخَبِيْثُــوْنَ لِلْخَبِيْثاَتِ وَ الطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِيْنَ وَ الطَّيِّبُوْنَ لِلطَّيِّبَاتِ.
“ Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang .baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik. (Qs. An Nur:26)