diet makan buah! woot!!

every year rasanya aku dok pulun nak kuruskan badan..fuhh..susah beb!kalau dah tekad tuh kena laksanakan..disiplin is the most important thing.
so aku akan tekad nak diet dengan makan buah..ramai kata buah ni banyak nutrient,memang pon tapi ada beberapa jenis buah yang memang boleh dijadikan sebagai diet bagi sesiapa yang mahu menguruskan badan mereka.


!BETIK!
Buah betik sangat berkesan untuk mengurangkan berat badan.Buah ni memang kegemaran Mira,boleh habiskan 1 biji dalam 1 masa.Betik ni sumber vitamin A dan C serta potassium dan secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan dan termasuk buah-buahan sihat yang berserat tinggi.Serat sangat berguna untuk mengurangkan berat badan,kerana ia membuatkan perut kita berasa kenyang bagi tempoh yang lama sehingga kita semua tidak ada keinginan untuk makan lagi.

Memang Mira rasa macam tuh.Kalau kat hostel semua kawan2 Mira tak suka makan buah ni. So apalagi Mira ambil diorang punye betik..Orang kata tak baik membazir..Membazirkan amalan SYAITAN..

Lagipun ada satu lagi buah yang bakal menjadi amalan Mira untuk kurus ni..


EPAL!

Kajian dari Universiti California-Davis menyokong peranan epal dalam peyusutan lemak badan. Disebabkan Washington Apples mengandungi banyak fiber malah sebanyak 4 hingga 5 gram terkandung dalam sebiji epal,ia boleh menbantu mengurangkan rasa lapar dan bertindak sebagai peningkatan daya susutan lemak. Gula semula jadi dalam epal juga menahan keinginan memakan makanan yang mengandungi kandungan yang tinggi gula prosesnya.

So kalau dah makan epal yang ada gula semula jadi ni bolehlah kurangkan makan makanan yang banyak gula..heheheh..

tapi jangan sampai jadi taksub sangat dengan makanan yang ada gula semula jadi ni..contoh macam buah dokong


 


sebab my dad cakap buah ni pembawa penyakit as diabetes and macam-macam lagi tapi selalunya bagi orang yang tidak ada penyakit 3 serangkai tuh kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung x payah risau sangat. Tapi walau apapun kita kena berhati-hati jugak..kan?

success

really love it!!!finally i manage to add ads nuffnang in my blog..huhu