terlalu mudah

Mudahnya dipermainkan,
sampai tidak lagi kau lihat,
bezanya antara plastik dan kaca,
sudah disedarkan,
entah ke berapa kali sudah,
tapi sedarnya hanya untuk waktu yang pendek,

kemudian kau menangis,
menangis menghukum diri kau,
yang semuanya bermula dari kau sendiri,

tidakkah kau nampak lagi,
betapa tipu dunia bersama isinya sangat manis,
yang kemudiannya pahit yang kau rasai payah untuk dihilangkan,

Nasihat aku,
jadikan ia susah,
jadikan semua yang senang itu mustahil.

Kerana kau manusia biasa,
tidak tahu apa-apa.

ya,
kau tidak tahu apa-apa,
hanya Yang di atas sana tahu bersama rahsia disebalik semuanya.

watak baru ...

Bulan berganti bulan,
tanpa dijemput watak baru muncul,
telah cuba untuk dielakkan,
tapi 'ia' tetap datang,
ra

ragu-ragu,
dia bermain lagi,
kemudian keputusan tertera,

melalui pandangan yang diberi,
kepada sang merpati,
kemudian dia bermain lagi,
dan aku hampir kalah,

namun aku bangkit,
kerana tidak mungkin untuk aku kalah buat kali kedua,
tidak tertahan rasa nanti,
aku penat

aku bangkit lagi,
ayuh kita tengok siapa yang menang,
kerana mata yang terkumpul 3-2

aku tidak akan kalah lagi

Allah tak kejam

Terlupa,
terlupa yang semua yang aku dapat,
Datang dari Dia,
Dia yang Maha Pengasih,Maha Pemurah,

Kita terlupa,
Tapi Allah tetap sayang,
Dia ingatkan kita,
Apa yang patut kita buat,

Kadang2 dengan cara,
Dia tarik balik apa yang dia bagi,
Dan baru kita tersedar,
Dah jauh sangat kita pergi,

Allah tak kejam,
Dia tahu apa yang Dia buat,
Mungkin ada hikmah,
Hikmah disebalik setiap apa yang jadi,

Allah adil,
Dia ambil sesuatu untuk beri kita sesuatu,
yang lagi baik,

Allah,ampunkan aku