nasi kandar line clear wo!!!

hari tu pergi penang bercuti..memang tak syok kalau tak pekena nasi kandar...so upon sampai penang memang perut dok menyanyi mintak diisi jadi kami pun meneruskan perjalanan sampai kat penang road..kat situ adalah gerai (diulang gerai!)bukan restoran..memang ramai sampai sanggup beratur panjang..abah kata NASI KANDAR LINE CLEAR ni memang popular..sedap lak tuh..well memang sedap,,,punya la penat beratur dapat la jugak aku order ayam masak madu  FUHHHH mantap seyh....



solat jumaat bang oi!!!

Astagfirullahala'zim!
tak da ape dah yang aku leh sebut.tu je...
Semalam a.k.a hari JUMAAT..penghulu segala hari tu..aku keluar la dengan seorang kawan aku (perempuan la kan) pergi library..seronok buat keje dlm library,kitorg pun diarah keluar sebab staf nak solat jumaat dan library akan bukak balik pukul 2.45 ptg..niat nak pegi solat zohor tapi tak masuk lagi waktunya dan memandangkan perut dah menyanyi dari tadi,kitorang pun masuklah City Plaza (kat Alor Star la) pastu kitorang masuklah MCD..wahh makan memang seronok lah kan..sape yang tak seronok kalau tak dapat makan HAHAHAHAHAH
makan makan makan,mata aku ni pun dok melilau tengok keliling..pastu terkeluar lah satu persoalan kat dalam kepala aku...

Aku : weyh..aku tengok ramai laki kat sini..
diorang tak pegi solat jumaat ke?
Kawan : ha'ah lah..(tengok jam-pukul 1)
awal lagi kot..diorang makan pastu pegi la
solat kot

Aku pun tak nak lah buruk sangka kat orang...aku pun setuju..sambung la makan balik Mc Chicken yang tinggal separuh tuh..
Jam 1.30 ptg...kitorang pun naik tingkat 3,sebab kawan aku ni dok teringin nak makan fries BBQ kat situ...ye la fries mcD x setanding kot kesedapannya berbanding fries kat tingkat 3 tu..
sampai kat stall yang jual fries tu,kitorang pun order yang besar punye..kongsi lah..
yang MENGEJUTKAN aku tengok punya giler bapak r RAMAI BUDAK LAKI kat situ..memang sah sah sah TAK PEGI SOLAT JUMAAT.. wei TAK MALU KE? aku yang perempuan ni lak yang malu..ada ke patot?siap dating dengan aweks..YA ALLAH!!!
yang si awek tu lak,tak tanya ke cik abg tu solat jumaat ke tak?ish ish ish..pastu dah masuk pukul 2...gedebuk gedebuk punya ramai mamat 'rempit'keluar dari wayang..yang ni MEMANG SAH TAK SOLAT JUMAAT...eh jap laki ni mana ada uzur bagai kan?kalau 'uzur' sekalipun tak kan boleh keluar dating atau pun tengok wayang...budak laki ni ingat..dah smart habis la tuh??haha tolong la   memang TAK!
weyh kalau dah nama pun tinggal solat jumaat..solat yang 5 tu jaga ke tak?adoi!!!! ustazah aku pesan kalau nak cari laki...nak cara senang tengok je penjagaan solat dia..kalau dia jaga insya-Allah yang lain dia jaga...

Marilah kita semua bertakwa kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan suruhanNya dan menghindari laranganNya.Antara suruhannya yang jelas nyata ialah menunaikan solat jumaat bagi setiap umat Islam. Allah berfirman dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 9:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.

عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Dari Abi al-Ja’di al-Dhamri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak tiga kali Jumaat dengan keadaan sengaja meringan ringankan dan mencuaikannya nescaya ALLAH memeterikan atas hatinya

Wanita...

Wanita itu sendiri adalah rahsia,
Nafsu mengatakan wanita itu cantik atas dasar rupanya,
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaianya,
dan
Hati mengatakan wanita itu cantik atas dasar akhlaknya...

AWAK tolong sedar...

Bila tanya lelaki..perempuan mana yang jadi idaman..perempuan mana yang awak nak sangat jadi teman istimewa atau mcm-mcm lagilah..
sure jawapannye yang berbudi bahasa,yang muslimah,yang pandai jaga diri,menutup aurat,yang terbaeeeekkkkk punya lah...
tapi sayang sejuta kali sayang..kenapa minta sesuatu yang macam tu kalau diri awak tu sendiri yang tak 'muslim'? call anak dara orang tengah malam,tak henti-henti...lagi tambah sedih kalau awak tu sendiri yang dah ada yang punya...kejamnya awak...lelaki hah lelaki...AWAK nak perempuan yang pandai jaga diri,tapi awak sendiri yang mencari perempuan yang tak pandai jaga diri dia sendiri...perempuan yang jaga diri dia tak akan bercakap dengan seseorang macam awak...perempuan yang jaga diri tak akan terima panggilan lelaki dan bergayut atau keluar dating..dan masalahnya AWAK sendiri lah orang yang mengajak dia...lupakan lah hasrat awak itu ye...

Di dalam al-Quran,Surah an-Nur; ayat 26; Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Perempuan-perempuan jahat untuk laki-laki jahat, laki-laki Jahat untuk perempuan-perempuan jahat pula, perempuan-perempuan baik untuk laki-laki baik, laki-laki baik untuk perempuan-perempuan baik pula. Mereka itu (orang-orang baik) terlepas dan tuduhan yang mereka katakan, untuk mereka ampunan dan rezeki yang mulia."

sudahlah..dan yang perempuan pun sama..kenapa semua nak yang terbaik untuk diri sendiri..kalau kita sendiri yang tak elok...dan janganlah mengata orang lain kononnya.."dia couple dengan laki tu..giler rempit!!" "dia tak sesuai la dengan mamat tu", "gile obses dgn bf/gf"...cermin diri dulu sebab apa yang awak ckp tu berbalik kepada awak balik ,mungkin awak tak obses dengan bf awak tapi lelaki lain??? perkara ni sama je...

p/s aku pun tak sempurna tapi sedang dalam proses untuk ubah diri...dan aku pun nak ubah perempuan zaman sekarang...

Lelaki...

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.

Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.

Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.

Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.

Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.

Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.

Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.

Kembalilah lelakiku,
Pada kelelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.

i don't know

I really don't know,
I'm confused,
My heart...
sometimes it feels calm...
but sometimes it don't


Sometimes I remember Him
but there are times I don't
Why ?
I don't know...