solat jumaat bang oi!!!

Astagfirullahala'zim!
tak da ape dah yang aku leh sebut.tu je...
Semalam a.k.a hari JUMAAT..penghulu segala hari tu..aku keluar la dengan seorang kawan aku (perempuan la kan) pergi library..seronok buat keje dlm library,kitorg pun diarah keluar sebab staf nak solat jumaat dan library akan bukak balik pukul 2.45 ptg..niat nak pegi solat zohor tapi tak masuk lagi waktunya dan memandangkan perut dah menyanyi dari tadi,kitorang pun masuklah City Plaza (kat Alor Star la) pastu kitorang masuklah MCD..wahh makan memang seronok lah kan..sape yang tak seronok kalau tak dapat makan HAHAHAHAHAH
makan makan makan,mata aku ni pun dok melilau tengok keliling..pastu terkeluar lah satu persoalan kat dalam kepala aku...

Aku : weyh..aku tengok ramai laki kat sini..
diorang tak pegi solat jumaat ke?
Kawan : ha'ah lah..(tengok jam-pukul 1)
awal lagi kot..diorang makan pastu pegi la
solat kot

Aku pun tak nak lah buruk sangka kat orang...aku pun setuju..sambung la makan balik Mc Chicken yang tinggal separuh tuh..
Jam 1.30 ptg...kitorang pun naik tingkat 3,sebab kawan aku ni dok teringin nak makan fries BBQ kat situ...ye la fries mcD x setanding kot kesedapannya berbanding fries kat tingkat 3 tu..
sampai kat stall yang jual fries tu,kitorang pun order yang besar punye..kongsi lah..
yang MENGEJUTKAN aku tengok punya giler bapak r RAMAI BUDAK LAKI kat situ..memang sah sah sah TAK PEGI SOLAT JUMAAT.. wei TAK MALU KE? aku yang perempuan ni lak yang malu..ada ke patot?siap dating dengan aweks..YA ALLAH!!!
yang si awek tu lak,tak tanya ke cik abg tu solat jumaat ke tak?ish ish ish..pastu dah masuk pukul 2...gedebuk gedebuk punya ramai mamat 'rempit'keluar dari wayang..yang ni MEMANG SAH TAK SOLAT JUMAAT...eh jap laki ni mana ada uzur bagai kan?kalau 'uzur' sekalipun tak kan boleh keluar dating atau pun tengok wayang...budak laki ni ingat..dah smart habis la tuh??haha tolong la   memang TAK!
weyh kalau dah nama pun tinggal solat jumaat..solat yang 5 tu jaga ke tak?adoi!!!! ustazah aku pesan kalau nak cari laki...nak cara senang tengok je penjagaan solat dia..kalau dia jaga insya-Allah yang lain dia jaga...

Marilah kita semua bertakwa kepada Allah S.W.T dengan mengerjakan suruhanNya dan menghindari laranganNya.Antara suruhannya yang jelas nyata ialah menunaikan solat jumaat bagi setiap umat Islam. Allah berfirman dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 9:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.

عَنْ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ ثَلَاثَ جُمَعٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ

Dari Abi al-Ja’di al-Dhamri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak tiga kali Jumaat dengan keadaan sengaja meringan ringankan dan mencuaikannya nescaya ALLAH memeterikan atas hatinya

No comments:

Post a Comment