terlalu mudah

Mudahnya dipermainkan,
sampai tidak lagi kau lihat,
bezanya antara plastik dan kaca,
sudah disedarkan,
entah ke berapa kali sudah,
tapi sedarnya hanya untuk waktu yang pendek,

kemudian kau menangis,
menangis menghukum diri kau,
yang semuanya bermula dari kau sendiri,

tidakkah kau nampak lagi,
betapa tipu dunia bersama isinya sangat manis,
yang kemudiannya pahit yang kau rasai payah untuk dihilangkan,

Nasihat aku,
jadikan ia susah,
jadikan semua yang senang itu mustahil.

Kerana kau manusia biasa,
tidak tahu apa-apa.

ya,
kau tidak tahu apa-apa,
hanya Yang di atas sana tahu bersama rahsia disebalik semuanya.

No comments:

Post a Comment