Baucer buku 1MALAYSIA RM 200...

Perdana Menteri kita Dato' Sri NAJIB RAZAK dengan murah hatinya telah memberikan baucer buku RM200 untuk penuntut universiti diseluruh Malaysia...wah untungnya kalau aku dah jadi penuntut universiti sekarang.

Kalaulah aku dapat baucer buku tu...wah syukur dapat jimat duit beli buku.

dan ditakdirkan ALLAH SWT hari ni aku pergi ke salah sebuah kedai buku yang terkenal di Malaysia, yang majoriti trademark warna merah tu...hehehe
terkejut aku tengok ramai orang dalam tu,beratur panjang...memang terus keluar dari otak aku yang orang yang beratur ni semestinya pelajar universiti,yelah kalau tak takkan kena beratur panjang,tak pernah pulak aku tengok kedai buku ni barisan panjang yang amat.

Buku atas rak pun bersepah,kebanyakan kosong,wah untung la tuan punya kedai,:)
tiba-tiba pandangan aku terganggu dengan kemunculan sekumpulan gadis sunti,wah ...
yelah datang ramai-ramai pastu terus menghala ke rak novel...
terkejut aku diorang ambil satu novel lepas tu 2 novel,3 novel pulak dan seterusnya sampai tangan yang ALLAH kurniakan ni pun tak cukup nak pegang...wah banyak duit beli novel sekali banyak sampai macam tu.
Novel cinta pulak tu,bukan salah tapi yang aku musykilnya diorang tu nak guna baucer buku ke untuk beli kesemua novel tu?
Gambar hiasan:)

sayangnya kalau guna baucer buku yang seeloknya diguna untuk beli buku ilmiah yang boleh diguna untuk belajar,aku harap apa yang aku musykil tu tak betul...lagi pun tak baik fitnah,eeii takut dosa...

fikir-fikirkan lah,peluang datang sekali,kalau nak peluang datang banyak kali,manfaatkanlah peluang yang sedia ada dulu :)

No comments:

Post a Comment