Aisyah r.a

Baru-baru ni baru sahaja tercetus kisah pasal seorang hamba Allah yang tulis dalam twitternya mengenai salah seorang isteri Baginda Rasullah, Aisyah r.a ialah pelacur manusia termulia itu...HAH???!!!!  pertama kali terbaca status tersebut memang terkejut,akhir zaman...nama sahaja agama Islam,sanggup dia cakap Nabi Muhammad SAW macam tu...astagfirullahalzim...
wahai pembaca budiman,janganlah sampai berprasangka begitu kepada Rasulullah yang telah banyak sangat berkorban untuk umatnya yakni kita sekarang yang hidup tanpa langsung menghargai usaha mulia Baginda...moga Allah memberi cahaya hidayah kepada manusia tersebut...
sebenarnya Aisyah r.a bukanlah (memang bukan sangat!!!) pelacur...kalau ya tak mungkin nabi kita akan menikahinya.

Aisyah r.a seorang puteri Abu Bakar As Sidiq yang berwajah cantik,kemerah-merahan, bangsawan, disamping memiliki wajah keibuan dan mempunyai peribadi yang mulia.

Menurut riwayat,ketika Sayyiditina Khadijah r.a pulang ke Rahmatullah, Nabi Muhammad SAW sentiasa diliputi kesedihan dan pilu mengenang isterinya. Kenangan indah terhadap isteri pertama sentiasa mengharukan birukan perasaan Rasulullah SAW.

Allah SWT Maha Mengetahui apa yang terkandung di hati kekasih-Nya yang dimuliakan lebih dari segala penghuni alam. Dia hendak menenteramkan jiwa kekasih-Nya dengan pengganti yang seimbang yang memiliki keistimewaan tersendiri. so...

Dalam keducitaan Rasulullah SAW,maka turunlah Jibril alaihissalam dengan membawa secarik warkah dari daun-daunan syurga yang diatasnya tergambar seorang puteri dari puteri HAWA.Seolah-olah daun warkah itu berasal dari pohon cinta yang dikirimkan Tuhan ke dunia nyata.
     Jibril a.s menyampaikan : "Hai Muhammad SAW, Allah SWT menyampaikan salam kepadamu. Dia menikahkan engkau di langit pada gadis yang serupa dengannya dalam gambar ini,dan Dia (ALLAH SWT) menyuruh engkau menikahinya di dunia ini.

Dan kerana Allah lah Ar-Rahim Maha Penyayang yang berkuasa menurunkan rasa cinta telah menurunkan rasa cinta kepada Rasulullah tatkala menatap wajah tersebut...sesungguhnya cinta itu milik Allah...

maka Nabi SAW pun berjumpa dengan ayahnya Aisyah iaitu Abu Bakar As Sidiq,dan bernikah dengan Aisyah r.a...

maka janganlah kita menuduh yang bukan-bukan, sedangkan pengetahuan Islam yang sepatutnya diketahui tidak diketahui dengan mantap..So perbaharuilah iman di hati,kerana manusia zaman sekarang sangat cetek pengetahuan pasal Sirah apatah lagi ISLAM...Beringatlah!

No comments:

Post a Comment